Saturday, May 14, 2011

Drama - Nora Elena (TV3 / 7pm/ Isnin - Khamis)

drama neh best!` sbb adaptasi dr Novel Kasih Yang Suci karya Meen Zulaikha ..mmg sker sngt ngan novel neh...sbb nyer heronyer a.k.a Seth..sngtlah romantiknyer!!~ huhuhuhhu...


mungkin drama neh akan ada skit perubahan kots dr segi novel..tp apa pon mmg sker sngt!! walaupon saleha agak kaku belakon..tp die mmg sngt seswei tuk watak elena tuh..sker die sejak dr drama ustaz amirul...eheheheh...huurrm..aaron mmg sejibik melayu..takde iras2 cina pon macam watak seth dlm buku tuh..tp setelah tgk tuk few episod...aku menerimanyer ngan baik gituh...ahahah...*cam bagus*

nih sinopsis drama Nora Elena

Diadaptasi dari salah satu novel popular terbitan Karangkraf – Kasih Yang Suci, mengisahkan tentang perjalanan hidup NORA ELENA yang dihantui pengalaman pahit akibat dirogol 10 tahun yang lalu.

Walaupun sukar untuk melupakan insiden hitam tersebut, kini beliau selesa menjalankan kehidupannya seperti normal dan bakal mengahwini Idham. Namun, keadaan mula berubah setelah bertemu Seth Tan. Idham bercadang untuk membatalkan majlis perkahwinannya dengan Nora Elena setelah menerima satu panggilan misteri yang menceritakan perihal Nora Elena yang bukan lagi seorang perawan.

Lebih mendebarkan, Seth Tan menawarkan dirinya untuk menggantikan tempat Idham di dalam majlis perkahwinan tersebut kerana masa semakin suntuk. Apakah yang akan berlaku kepada Seth Tan, dan siapakah watak di sebalik panggilan misteri tersebut? Dan siapah yg telah bertanggung jawab dalam meragut kesucian elena...sama2 kita nantikan..

tp pada sesiapa yg dah baca novel neh..huhuhuhu...pasti tau spoilernyer smpi ke sudah...tp apa pon happy ending tuk novel..and i hope the same thing goes to this drama..

No comments:

Post a Comment