Friday, March 4, 2011
Cerita Rakyat Malaysia - Ikan Tapah
Pak Itam tinggal bersama isterinya di sebuah kampung di tebing sungai Perak. Pak Itam ada banyak harta, oleh ituh dia tidak perlu berkerja. Dia amat gemar bersabung ayam. Lama kelamaan hartanya abis kerana kalah berjudi.
Semua harta Pak Itam habis dikikis, sehinggakan terpaksalah dia memakai pakaian kerta. Isteri Pk Itam juga telah meninggalkannya.Untuk mencarik nafkah, Pak Itam terpaksa mengail ikan di sungai.
Pada suatu hari, Pak Itam pergi mengail seperti biasa.Namun tiada seekor ikan pon dapat dikailnya. Pak Itam pukang ke rumah dengan hampa. Tiba-tiba kucing kesayangan Pak Itam menghampirinya. Kucing itu mengiaubeberapa kali. Kemudian is pergi menghala ke sungai. Pak Itam mengikut kucingnya hingga ke tebing sungai.
Di tebing sungai, dia ternampak seekor ikan tapah sedang terdampar. Pak Itam pun menghampiri ikan tapah itu, dan dilihatnya perot ikan tapah ituh buncit. " tentu ada telur dalam perut ikan ini" kata Pak Itam.
Pak Itam mengambil sembilu buluh lalu membelah perut ikan itu. Apabila dibelahnya, bukan telur ikan yang didapatinyatetapi seketul emas. pak Itam terperanjat dan sangat gembira.
pak Itam mengambil emas ituh. " Nah, sekarang aku akan menjadi kaya semula!" katanya. Pak Itam mengambil daun nenas, lalu menjahit perut ikan tapah itu.Kemudian ikan ituh dilepaskannya ke dalam sungai. Sambil melepaskan ikan tapah itu, PAk Itam bersumpah:
" jangan sekali-kali anak cucuku memakan ikan tapah," katanya.
Semenjak itu, Pak Itam menjadi kaya semula. Dia tidak bersabung ayam lagi. Dia menjadi seorang yang patuh pada ajaran agama. Dia juga menjadi seorang yang pemurah dan selalu membantu orang miskin.
Sehingga sekarang keturunan Pak Itam pantang makan ikan tapah. Jika salah seorang keturunannya termakan ikan itu, tangannya akan berkudis dan gatal-gatal.
Sekarang kononnya emas yang diperoleh dari perut ikan tapah itu masih ada dalam simpanan salah seorang keturunan Pak Itam. Emas itu boleh mengubati penyakit kudis orang yang telah melanggar pantang memakan ikan tapah.
kredit: buku himpunan 366 cerita rakyat malaysia , terbitan utusan publication.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment